Keropok Lekor

Bahan
4 mangkuk iyakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan

Cara membuat
Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel/uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul di permukaan air.

Tips
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama

Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik

Tambahkan air batu jika adunan terkeras

Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng

Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk

Jika hendak di makan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

Sumber: http://www.geocities.com
Cara Pasang Tali Layangan agar Manteng di Udara
Topeng Monyet
Keraton Surosowan

Archive